"Action research is the study of social situation carried out by those involved in that situation in order to improve both their practice and the quality of their understanding". (Richard & Carol, 2001:8)
Selasa, 31 Mei 2016
SEMINAR PEDAGOGI, PENTAKSIRAN DAN PENYELIDIKAN TINDAKAN
Jumaat, 6 Mei 2016
MEMORI LATIHAN MENGAJAR
Lokasi Latihan Mengajar
SMK RAPAT SETIA, IPOH
BIODATA
Nama Sekolah :
SMK Rapat Setia
Alamat Sekolah : SMK Rapat Setia,
Jalan Tenaga, Rapat
Stia,
31350, Ipoh
Perak.
Nama Pengetua :
Datin Hjh. Siti Zabidah Binti Setia
Nama P.K. HEM : En. Sharifuddin Bin Khalid
Nama P.K.
Kokurikulum : En. Khairu Subhi Bin
Mat Ali
Nama Guru
Pembimbing : Pn. Nor’Aini Binti
Ahmad
Visi Sekolah : “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara
Sejahtera”
Misi Sekolah : “Melestarikan Sistem Pendidikan yang
Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi
Negara”
Moto Sekolah : “Berdisiplin, Berilmu dan Berketrampilan”
Nombor Telefon : 05-3113385
Nombor Faks : 05-3127284
Secangkir Memori Bersama-sama Warga SMKRS
Tingkatan 4KM2 |
Tingkatan 4VT2 |
Pensyarah Penyelia
|
Guru Pembimbing
|
Khamis, 5 Mei 2016
TUJUAN KAJIAN TINDAKAN
Dalam
membincangkan tujuan kajian tindakan, terdapat beberapa tema yang dapat
dijelaskan seperti berikut:
1. Perkembangan Kurikulum
Berasaskan sekolah
Dalam
konteks perancangan dan pembentukan kurikulum di sekolah, jelas menunjukkan
bahawa deskripsi kurikulum telah disediakan oleh pihak agensi pusat. Namun
begitu, sekolah dan guru sentiasa mengubah suai kurikulum tersebut bagi
memastikan ia sesuai dengan konteks dan situasi pelajar, guru dan sekolah.
Proses pengubahsuaian memerlukan guru mentafsirkan kurikulum mengikut keperluan
dan kebolehan pelajar. Selain itu, pentaksiran ini memerlukan guru meneliti
amalan pedagogi dan pentaksiran mereka serta melakukan eksperimen-eksperimen
yang sesuai bagi meningkatkan keberkesanan. Sesuai kurikulum itu lebih bermakna
dan berfungsi jika ia mampu ditafsir dan dilaksanakan oleh guru sesuai dengan
konteks, keperluan dan kebolehan pelajar-pelajar mereka.
2. Sebagai Strategi Perkembangan
Profesionalisme
Sebagai
seorang profesional, guru perlu meningkatkan amalan mereka secara berterusan.
Guru perlu berterusan belajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
mereka sesuai dengan perkembangan semasa dalam bidang pendidikan dan teknologi.
Banyak pendekatan yang diadakan untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme
guru. Di antaranya adalah melalui program-program latihan dalam perkhidmatan
yang disediakan. Namun begitu, diperingkat sekolah dan di peringkat individu
guru, aktiviti-aktiviti penyelidikan ada dijalankan bagi tujuan untuk mengenal
pasti masalah pembelajaran dan mengambil tindakan yang sesuai untuk bagi
guru-guru terlibat dalam meneliti amalan mereka melalui aktiviti-aktiviti
penyelidikan.
3. Sebagai Alat Penilaian Kendiri
dan Institusi
Kajian
tindakan membolehkan guru meneliti dan menilai amalan mereka melalui penilaian
kendiri dan penilaian rakan sekerja. Berasaskan maklumat dan data data yang
dikumpul secara sistematik dan saintifik, keputusan yang lebih termaklum dapat
dibuat tentang kelemahan dan kekuatan amalan serta dapat merangka tindakan yang
lebih sesuai untuk mengatasinya. Dengan itu, kajian tindakan sebagai alat
penilaian adalah lebih bermakna kepada guru dalam menilai keberkesanan
perancangan dan tindakan mereka. Hasil kajian ini boleh dijadikan asas oleh
pihak sekolah dalam menilai prestasi guru dan juga institusi.
Berdasarkan perbincangan tentang
tujuan pelaksanaan kajian tindakan dalam kalangan guru-guru sekolah, jelas
bahawa peranan guru sebagai agen penyelidikan sangat penting. Oleh sebab itu,
para guru terutamanya guru Bahasa Melayu yang berkelayakan Sarjana dan Doktor
Falsafah sama ada sedang bertugas di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah,
Jabatan Pelajaran Negeri ataupun di Kementerian Pelajaran digalakkan untuk
membuat penyelidikan. Golongan ini secara tidak langsung dapat menyumbang
kepada peningkatan amalan pengajaran, membuat refleksi dan membuat tindakan
penambahbaikan serta pada masa yang sama dapat meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.
ASAS TEORI KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan
telah menjadi satu kaedah penyelidikan yang semakin popular terutamanya sebagai
wadah pembangunan profesionalisme dalam bidang pendidikan. Kini, kajian
tindakan telah diguanakan secara meluas oleh semua profesion. Tarikan utama
penyelidikan melalui kaedah kajian tindakan ialah kaedah ini boleh dilakukan
oleh semua orang, termasuklah penyelidik yang berperanan sebagai guru,
pengetua, pengurus, pentadbiran dan juga pelajar (McNiff, 2010). Sebelum kajian tindakan dilakukan, pengamal
perlu mendapatkan kefahaman tentang asas teori dalam kajian tindakan. Hal ini demikian kerana, pengetahuan yang
diperoleh perlu melalui penjelasan daripada teori-teori yang berkaitan.
Kepentingan teori kajian tindakan adalah untuk memberikan penjelasan dan
panduan sebelum pengamal melakukan kajian tindakan.
ASAS TEORI KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan
mempunyai asas andaian dan teoretikal yang menjadi asas kepada prosedur dan
pelaksanaannya. Dalam perkembangan kajian tindakan terdapat beberapa pendekatan
yang dipelopori oleh kumpulan-kumpulan tertentu bergantung kepada asas fahaman
yang dipegang. Ada yang melihatnya dari sudut praktikal, dari sudut sosial,
dari sudut penilaian dan dari sudut kepimpinan organisasi. Kepelbagaian teori
inilah yang menjadikan kajian tindakan mempunyai ciri-ciri yang tertentu yang
membezakannya dengan penyelidikan konvensional yang lain. Menurut Mills (2003)
dalam Othman Lebar (2011:43), secara umumnya dua terdapat dua teori utama
kajian tindakan iaitu Kajian Tindakan Kritikal (Critical Action Research) dan Kajian Tindakan Praktikal (Practical
Action Research). Reason dan Bradbury (2008) pula telah memperkenalkan teori
Kajian Tindakan Partisipatori yang juga dikenali sebagai penyelidikan tindakan
orang pertama, orang kedua dan penyelidikan tindakan orang ketiga.
Kajian Tindakan Kritikal
Teori ini diasaskan
oleh John Elliott, Stephen Kemmis, Clem Adelman dan ramai lagi. Mengikut mereka
tujuan kajian tindakan kritikal adalah lebih kepada
keberkesanan dan kecekapan amalan pendidikan atau lebih bertumpu pada
produk. Teori ini dimulakan oleh pakar dari luar sebagai fasilitator dan
pengamal-pengamal banyak bergantung pada fasilitator tersebut. Kumpulan yang
memegang teori ini ialah golongan yang percaya bahawa cara untuk melakukan
penyelidikan ialah melalui penyelidik luar yang membuat pemerhatian, kemudian
menterjemahkan dalam bentuk laporan kepada apa yang pengamal lain lakukan.
Teori ini juga lebih bersifat tafsiran, iaitu melihat keadaan sekeliling dan
melakukan kajian yang dianggap mempunyai masalah berbangkit. Asas teori ini
menekankan peranan penyelidik lebih bersifat kritikal dalam proses penyelidikan
bagi mencari jalan yang paling sesuai untuk peningkatan amalan dalam
menyelesaikan masalah yang berbangkit. Penyelidik lebih bertindak sebagai agen
perubahan yang kritikal. Mereka mengubah persekitaran dan dalam proses tersebut
mereka berubah. Berdasarkan asas-asas teori ini, kajian tindakan kritikal
dilakukan oleh penyelidik ‘orang luar’ dan dapatannya digunakan oleh penyelidik
lain.
Dalam konteks kajian tindakan
pendidikan, penggunaan teori ini dalam melaksanakan kajian tindakan kurang
menarik perhatian golongan penyelidik pendidikan khususnya guru. Kajian
tindakan menggunakan teori ini dianggap tidak relevan dengan amalan harian guru
kerana kurang dari aspek praktikalnya. Selain itu, dapatan daripada penggunaan
teori ini tidak dapat diakses dengan baik dan sukar difahami oleh penyelidik
(guru) yang merujuk. Stringer (1993), menyarankan nilai-nilai yang perlu ada
kepada semua penyelidik yang memilih kajian tindakan kritikal sebagai teori
panduan untuk melaksanakan kajian tindakan. Oleh hal yang demikian, semua
penyelidik khususnya penyelidik pendidikan perlu bersikap responsif dan
mengamalkan perkara-perkara berikut:
1. Demokratik -
membolehkan penyertaan dan penglibatan individu.
2. Kesamarataan -
dengan menghormati dan menghargai nilai kesamarataan
3. Membebaskan -
daripada tekanan dan keadaan yang melemahkan
4. Meningkatkan –
mengupayakan potensi sebenar seseorang
Kajian Tindakan Praktikal
Teori kajian
tindakan jenis ini diasaskan oleh Jack Whitehead. Golongan yang mengikut teori
ini sebagai asas pelaksanaan kajian tindakan ialah golongan yang percaya bahawa
pengamal yang mampu menawarkan penjelasan mereka sendiri untuk apa yang mereka
lakukan. Kajian tindakan praktikal lebih melibatkan fasilitator dan
pengamal peyelidik secara bersama dan menggalakkan penglibatan dan refleksi
kendiri pengamal-pengamal. Dapatan serta pengetahuan yang diperoleh melalui
kajian tindakan bukan sahaja ada kepentingan teoretikal, tetapi juga membawa kepada
peningkatan yang praktikal semasa dan selepas proses penyelidikan. Dalam kajian
tindakan pendidikan, penyelidik terdiri daripada guru atau pentadbir pendidikan
sendiri mengamalkan proses pendidikan. Dalam klasifikasi kajian tindakan
tersebut, kajian tindakan amalan melibatkan peninjauan tentang amalan guru
dalam konteks bilik darjah di mana guru itu mengajar. Ini boleh dijalankan sama
ada melalui dirinya sendiri atau pun melibatkan rakan sejawat beliau yang
mengajar mata pelajaran yang sama (team-based inquiry) dengan memberi
fokus terhadap amalan guru (teacher development) dan pembelajaran pelajar (student learning).
Guru yang menjalankan kajian tindakan amalan ini mesti melaksanakan satu pelan
tindakan bagi mencapai matlamat beliau sebagai seorang guru penyelidik (teacher
as researcher).
Kajian Tindakan Partisipatori (Penyertaan)
Kajian tindakan
partisipatori melibatkan semua partisipan secara sama rata iaitu tidak wujud
jurang antara penyelidik dengan pengamal. Teori ini melibatkan fasilitator dan
pengamal penyelidik bersama secara kolaboratif di mana tanggungjawab dikongsi
sama rata. Pengamal bebas daripada mengikut cara tradisi dan membuat keputusan
secara demokratik. Penyelidik terlibat secara langsung bersama dengan subjek
mengkaji masalah praktikal dan meneliti penyelesaian serta meningkatkan amalan.
Antara matlamat penyelidik adalah untuk mengurangkan jarak antara masalah
sebenar yang dikenal pasti oleh pengamal dan teori yang digunakan untuk
menjelaskan dan menyelesaikan masalah. Penyelidik juga membantu dalam
perbincangan reflektif dengan pengamal untuk mengenal pasti masalah dan juga
andaian.
Berdasarkan ketiga-tiga teori yang
dikemukakan ini, terdapat perbezaan yang ketara dalam menentukan pelaksanaan
kajian tindakan. Walaupun apapun jenis atau senario ataupun pendekatan kajian
tindakan yang dikemukakan, namun demikian tujuan utama seharusnya adalah untuk
menambahbaikkan amalan secara sistematik.
Langgan:
Catatan (Atom)